Wednesday, September 22, 2010


..SATU AMANAH..
Dengan Bismillah ku bermula , Bingkisan hati buatmu teman Yang dikasihi..Kita bersama dalam satu ikatan, Bermula episod hidup di dunia ini..Ku harap hanyalah di dunia Dirahmati dan diredhai.. Selamat sejahtera di Syurgawi..

Tuhan, satukanlah Hati kami dalam mencintai..Redha atas ujian diberi..Jauhkanlah kami Dari rakus mengejar duniawi..Hidup mati biarlah untuk-Mu..Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati untuk dicintai..

Kita dicipta sebagai khalifah, Bersama kita hidup untuk-Nya..Kita dicipta di dunia fana Ada amanah yang tersedia..Kita laksanakan bersama Amanah dari-Nya demi Memburu cinta dan harapan..

Tuhan itu harus diutama..Dari segala kepentingan dunia..Bergandingan kita untuk Memburu cinta-Nya.. Tuhan..Kau satukanlah hati-hati kami..Memohon kasih-Mu Tuhan..Dalam mengharap redha Dari-Mu..

~...Tetapkanlah Hati Kami Pada AgamaMu Ya Allah...~
..PESANAN WALID BUAT PEMILIK HATIKU..

Heningnya…
Sunyi suasana…
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

..Mengharapkan KeredhaanMu Ya Allah...Moga Dlm KasehNya Selalu..

Friday, September 17, 2010

11 GOLONGAN YG DI DOA MALAIKAT

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan
malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat
sangat diperlukan.

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa:
"Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."



2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya:
'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"



3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."



4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."



5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu
bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."



6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."



7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh)
naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada
siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka:
"Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan
mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.' "



8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang
malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan
apa yang ia dapatkan.'"



9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata:
'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"



10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."



11. Orang yang sedang melawat orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang
hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."


p/s: Semoga kita tergolong dalam golongan yang didoakan oleh malaikat.Insyaallah.
" SAHABAT "

"Ya Allah..sahabatku ini,buah hatiku..
mesra kami penawar duka. Rindu kami menambah cinta.
Rajuk kami membuah ceria..
Ya Allah,silaturahim kami Ukhwah krnMU..
PErmusuhan kami,na'uzubillah..
Berpisah kami hanya dengan mati..
insya Allah..Pengikat hati kami,rabitah mardhatillah..amin.."

Thursday, September 16, 2010

...Maafkan aku...

entah kenapa aku rase perlu utk aku coretkan perasaan ini
entah kenapa aku dibelenggu masalah2 sebegini
entah kenapa perlu aku tempuhi semua ini
entah bila masalah ini akan redha
entah bila akan aku kecapi bahagia
dan yg pasti entah bila hatiku dpt menerima 'maksud'yg sebenarnya

aku hanya insan biasa yg lemah
aku bukan sekuat yg di sangka
aku hamba Allah yg xmampu utk mhghadapi semua ini
apakah salahku sehingga diperlakukan sebegini rupa
kdg rase dpermainkan, kdg rase dperbodohkan, kdg aku sendiri xphm akan perasaanku

syg,
kau seorg yg baek budi pekerti sdgkan aku hanya tahu pentingkan diri
kau dan aku ibarat langit dgn bumi
kau dan aku ibarat Timur dan Barat
xkan pernah bercantum dan mustahil utk bersama
itulah kenyataan nya yg harus kita terima...

syg,
aku jua punya hati dan perasaan
hati dan perasaan ini juga perlu di jaga
hatiku bkn la sekeras yg di sangka
cuma cara dan waktu xbersesuaian ketika berita itu dsmpaikan
aku hanya mampu menangis apabila dilakukan begitu
tiada dayaku utk berbuat apa2...

syg,
aku memohon ampun di atas keterlanjuran kata2ku
aku memohon maaf di atas kekhilafan diriku
bkn niatku utk berkata begitu kpdmu
bkn sifatku utk mengasari perilaku ku
semua ini bkn nye dtg dariku
tp dtg dari sifat amarah yg belum mampu utk aku kuasai...

maafkan aku syg...

...Usah Putus Asa...




Ketahuilah olehmu sahabatku...


Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia...
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha..

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedihnya...

Allah SWT sudahpun menghitung airmatamu.
.

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu sahaja ...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu..


Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu...

Allah SWT selalu berada disampingmu..


Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segala-galanya dan tidak tahu hendak membuat keputusan ...

Allah SWT punya jawapannya..


Ketika segala sesuatu terjadi tidak masuk akal dan kau mula merasa tertekan...

Allah SWT dapat menenangkanmu..


Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...

Allah SWT sedang berbisik kepadamu..


Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucapkan kesyukuran,

Allah SWT telah memberkatimu..

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban,

Allah SWT telah tersenyum kepadamu..

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi,

Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu..


Maka ingatlah..walau dimanapun, atau kemanapun kau menghadap...
Allah SWT TAHU...

.....Ingatan Dan Renungan Buat Diri Sendiri Jua.....

JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”

Jika kamu memancing ikan..
Setelah ikan itu terlekat di mata kail..
Hendaklah kamu mengambil ikan itu..
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja..

Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya..
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih
hidup..

Begitulah juga..

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang..
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu..
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya..
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja..
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu..
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati
kamu..

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada..
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh..

Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja..
Kerana apabila ia mulai RETAK.. tidak sukar untuk kamu menampal dan
memperbaikinya semula..
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja..

Begitulah juga..

Jika kamu sedang memiliki seseorang.. TERIMALAH dia seadanya..
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu
istimewa..
Anggaplah dia manusia biasa..
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN.. tidaklah sukar untuk kamu
MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir
hayat..
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu
merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja..


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi..
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu..
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ..
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain..
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN..
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya
lagi..
Kamu akan MENYESAL..

Begitulah juga..

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN..
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu..
MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU.. dan MENCINTAIMU..
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN..
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia
menjadi milik orang lain..
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi..

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah
faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh
memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA
sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI
..kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA.. itu lebih BERMAKNA !


_... “Begitu hidup ini tiada yang abadi...__
IzinKan Ku Pergi

Sinaran mata
Cerita segalanya
Duka lara terpendam
Memori semalam

Tinggal segala cinta
Tiada kembalinya
Lama dikasih kita
Kau bawa bersama

Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga
Selamanya

Pergilah rinduku
Hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung
Derita dikalbuku

Pergilah sayangku
Bermula semula
Semangat cintaku
Membara kerana dia
Tiada niatku

Tersemat dijiwa
Setia bersamanya
Cinta murni berdua
Beribu teguhnya

Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga
Selamanya

Pergilah sayangku
Bermula semula
Semangat cintaku
Membara kerana dia
Tiada niatku

Maafkan aku duhai kasih
Izinkan ku pergi

Mohon Undur Diri..Salam Sayang Salam Ingatan..