saling mencintailah hanya kerana Allah,
saling menyayangilah hanya kerana Allah,
saling membahagiakanlah hanya kerana Allah,
kerana hanya Allah-lah yang dapat menimbulkan
rasa cinta, kaseh sayang dan
kebahagiaan tersebut...
..Salam Ukhuwwah..
Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku... seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku... Sahabat yang baik adalah yang seiring sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati... Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka... Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri.
Bismillahirrahmanirrahim... Salam ukhuwah yg berpanjangan di petang yg damai ini..
Alhamdulillah, akhirnya hati ini kembali tenang.. setenang awan yg berarak di kaki langit.. bersama kicauan burung yg merdu.. dan seindah suasana di denai tika hujan rintik.. penuh damai, menenangkan hati siapa2 yg melihatnya.. moga Dia senantiasa mengurniakan ketenangan ini buatku dan juga buatmu.. Salam sayang yg berpanjangan buat kekanda, sahabatku, yang.. moga kamu tenang2, baek2, dan comey2 saja utk hari ini dan seterusnya..