Wednesday, May 16, 2012

...ANTARA PERSAHABATAN DAN KEEGOAN...


 
sudah 4bulan aku cuba menyelamatkan ikatan persahabatan ini..
namun akhirnya aku pasrah..jika benar kamu sahabat sejatiku, kamu tidak akan
 meninggalkan aku walaupun kamu di kelilingi oleh kawan-kawan baru…tidak pernah
 sekali aku meninggalkan kamu, sentiasa ada ketika kamu susah mahupun senang..
sentiasa bersedia untuk memberikan yang terbaik buat kamu, sahabat..
tapi, kamu yang meninggalkan aku..’sakit’ yang kamu berikan ini 
terlalu perit dan pedih…cuma satu yang aku tahu, selama kita bersahabat,
telah aku lakukan yang terbaik untuk kamu..telah aku jaga kamu dengan 
sebaiknya..membantu kamu selagi aku terdaya dan mampu..dan menyayangi kamu lebih
 dari aku menyayangi diriku sendiri…

sudahlah, tidak akan aku berpaling lagi..tidak akan aku menoleh kebelakang
 lagi..perkenalan yang bermula di surau, cukup indah..akan aku jadikan ia kenangan
 terindah dalam kamus hidupku..


tidak perlu ucapkan sepatah kata
kerana lantang terbaca dari muka
kamu dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
mungkin magisnya sudah hilang

begitu lama aku pendam tapi hanya berdiam
dan kini, biarlah aku pergi…..


***hargailah ia selagi maseh ada..dan janganlah kita berbahagia di atas kesedihan orang
 lain..ingatan buat aku, kamu, dia dan kalian semua...


Monday, May 14, 2012

..ANA ITHAR ANTA..



sedikit dialog dari buku bertajuk ‘MATAHARI’


Faiq Zaini tetap hadir. Atas perkataan ukhuwah dan persahabatan. Walaupun Salim tahu, betapa Faiq sedar bahawa dia tidak dilayan sebaiknya sebagai seorang sahabat.


“tak mahu pergi jalan-jalankah?? buat apa datang ke Jordan kalau hanya mahu duduk di rumah saja, rugila.” Salim memecahkan keheningan pagi.

Faiq Zaini menggelengkan. “hanya hendak duduk dengan anta. Ana datang ke sini dengan niat mahu ziarah anta, luang masa dengan anta. Jadi apa yang ruginya” Faiq Zaini tersenyum ceria.


Faiq Zaini di layan ala kadar sahaja. Terdetik rasa kasihan di hati Salim. Faiq Zaini datang menggadai wang dan masa, dari Mesir ke Jordan, yang terkenal mahalnya, tapi tidak pula di layan sebaiknya.

Faiq Zaini akan bertolak pulang hari ini. “Salim, sini kejap”

“duduklah.” Faiq Zaini menarik Salim untuk duduk. Salim lambat-lambat menurut.
“Ana hendak cakap sikit”….
”cepatlah” Salim malas-malas
“Nah!” Faiq Zaini memberikan sesuatu kepada Salim. “untuk anta, sahabat ana”
“Ana tidak susah-susah keluarkan wang dan luangkan masa ke mari, menegur anta, sebab ana lebih baik daripada anta. Ana menasihatkan anta, sebab ana sahabat anta”



“sudahlah, aku malas hendak dengar!” Salim bergerak.
“Faiq Zaini lantas menyambar tangan Salim. Salim berpaling dan memandang tajam wajah Faiq.

“Dengar sini, sahabat. Ana tidak akan lepaskan tangan anta. Kalau anta terjun ke dalam neraka,  ana akan terjun ke dalamnya untuk sambut anta semula. Biar nanti kita akhirnya berpimpin tangan menembus syurga”


“kenapa kamu baik terhadap aku walaupun aku berbuat jahat pada kamu?” tanya Salim.
“Sebab anta sahabat ana. Sebab anta adalah tanggungjawab ana kepada Allah. Bila ana bersahabat dengan seseorang, ana bina hubungan dengan dia berdasarkan mencari redha Allah SWT. Menjaga sahabat ana, adalah tanggungjawab ana kepada Allah SWT.”


“kalau sahabat anta tu buat buruk dengan anta, tidak endahkan anta dan sebagainya?” tanya Salim lagi.

“Itu urusan dia dengan Allah. Ana tidak peduli. Sebab, ana bukan bina hubungan ini untuk dapatkan balasan kasih sayangnya. Ana bina hubungan ini untuk dapatkan kasih sayang Allah.


“Kalau namanya sahabat, mesti hendak bersama-sama bahagia. Jadi, ana hendak anta masuk syurga dengan ana. Sebab tu ana di sini bersama anta. Menenangkan jiwa anta, tunjukkan pada anta bahawa masih ada manusia yang sayangkan anta, iaitu sahabat anta” Faiq menarik tangan Salim. menggenggam erat.


“kenapalah anta sanggup berkorban macamnie, Faiq?”

“Sebab ana ithar anta.” Perlahan Faiq Zaini berbicara. ithar bermaksud, mencintai sahabat melebihi diri sendiri.

Sungguh mulia sahabatnya itu. Kini airmata Salim mengalir. Egonya runtuh. Hatinya bergetar hebat. Terpukul dan terkesan. Faiq Zaini bangun. Airmata Salim di seka dengan ibu jarinya.


“Maafkan ana Faiq. Maafkan ana.”

Faiq Zaini menggeleng. “ Anta tak ada dosa dengan ana.” Faiq menepuk-nepuk belakang tubuh Salim.

Ketika ini, baru Salim sedar, bahawa dia perlu bersyukur kepada Allah kerana mengurniakannya sahabat seperti Faiq Zaini. Sahabat yang tidak akan meninggalkannya walaupun dia berada di jurang neraka. Di saat kawan-kawan memulaukannya, Faiq Zaini tetap berada di sisinya. Faiq Zaini, sahabat yang sentiasa ada ketika susah mahupun senang. Sanggup mengorbankan harta, tenaga dan masa semata-mata untuk memenuhi tanggungjawab sebagai seorang sahabat. Ternyata, Faiq Zaini adalah sahabat yang sebenar.


Coretan Memori : Semua orang yang berdosa itu perlu di bimbing, bukannya ditinggalkan. Jika benar persahabatan kita kerana Allah SWT, maka kita akan bersungguh untuk mencapai matlamat yang lebih besar, yakni untuk sama-sama masuk syurga, menerima segala kekurangan yang ada pada sahabat. Bukannya kita meninggalkan sahabat terkontang-kanting sendirian dengan masalahnya.

 

tidakkah kau melihat matahari
sinarnya tiada henti
hatta di kala malam, bulan mewakili
begitulah sahabat yang baik
sentiasa menyuluh cahaya kesedaran
walau berjauhan
tetap berusaha untuk dicapainya

Telah aku cuba untuk bangkit, namun aku tidak berdaya.. Ya Allah, bawalah hatiku ini pergi..pergi jauh dari manusia2 ini..agar nanti mereka tidak akan dapat lagi mencari aku..kuatkan langkahku untuk beredar pergi dari semua ini..biarlah aku pergi Ya Allah..satu hari nanti, aku akan kembali untuk ikatan persahabatan ini...

Sunday, May 6, 2012

..BOLEH AKU BERTANYA??..

kamu.. boleh aku bertanya?

adakah kamu tidak pernah terfikir tentang aku? Apakah kamu tidak pernah terlintas akan nama ku, senyuman ku, kasih sayang ku di mainan jalanan hari-hari mu? Tiadakah sekelumit kenangan manis antara kita dahulu yang bisa membuat kamu tersenyum?


kamu.. boleh aku bercerita?

aku sayang kamu, sentiasa ingat kamu.. kadang tikanya ada yang berlalu melintasiku dengan perwatakkan seperti kamu, akan aku toleh dan mengikutinya dalam diam dan tanpa sedar air mata jernih ku mengalir.. kerana teringat kan kamu...


kamu.. boleh aku bertanya lagi..?

kamu bahagia di sana? kamu gembira di sana? senyumkah kamu di sana? tawa kah kamu di sana tanpa ku? telah ketemu kah selaut bahagia yang kamu cari, seluas angkasa indah yang kamu dambakan? sejuta ketenangan hati yang kamu impikan?


kamu.. boleh aku bercerita lagi?

aku rindu kamu, seperti dulu..sentiasa memandang kamu.. aku tahu kamu bukan milikku dan aku terima dengan hati yang suci, ikhlas kerana aku mahu lihat kamu bahagia..dan laksana itu aku menjauhkan diri membawa kata hiba untuk diri ini...tiap kali aku memandang bulan purnama yang jauh, itu bagai kamu pada mata jiwa ku.. aku memandang kamu yang bercahaya gembira di sana..dan maha sesungguhnya aku mahu berada di samping kamu bertawa gembira, bercahaya purnama tapi aku pilih untuk melihat dari jauh demi bahagia kamu, demi gembira kamu kekasih hati ku..


kamu.. boleh aku bertanya?

kenapa airmata ku mengalir tika menitipkan kata monolog jiwa ku ini? sengsara kah aku? kamu...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dunia itu penjara bagi orang yang beriman, dan dunia adalah syurga bagi orang kafir.
(Muslim)

 
Dalam sujud cintaku, fana ku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan aku akan kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam sujud cintaku...

**telah aku yakini..sayang, kaseh dan rindu ini hanya kerana Allah..pasti..dan telah aku
 temui ketenangan yang telah lama aku dambakan seperti dulu..terima kaseh sayang..

..AKU MILIK ALLAH.. 





Friday, May 4, 2012

..ANDAI INI TERBAIK UNTUKKU..


Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Rabb..telah lama aku menahan airmata ini dari berguguran menyembah bumi..namun aku tidak berdaya 
Ya Allah..terlalu berat untuk aku menghadapi ujianMu ini..sungguh aku lemah..aku tidak berdaya..

setelah nikmat ini Kau berikan kepada ku, Kau datangkan ujian itu lagi..belum pun sempat aku merasai 
kegembiraannya Ya Allah..

mengapa hati ku berasa begini..telah ku pujuk ia untuk pulih tapi ia tetap jua begitu..Ya Allah, aku mohon
 padaMu, janganlah Kau campakkan walau sedikit perasaan benci dalam hatiku..sungguh, aku tidak mahu
 membenci saudara2ku..aku terima apa saja perbutan mereka padaku..selagi aku mampu membuat mereka
 tersenyum, izinkanlah Ya Allah..kerana aku maseh ingin menyayangi..tolong la Ya Allah, janganlah Kau
 biarkan hatiku berterusan begini..

Ya Allah, tuntunlah langkahku..janganlah Kau biarkan aku terus hanyut dengan keasyikkan dunia
 ini..peliharalah hati ku dari perkara2 yang akan membuatkan aku jauh dariMu..

**mengapa hati ku begini??
mungkin kerana telah terlalu banyak parut kesakitan yang terlakar di situ..betulkah Ya Allah??? 
wahai pemilik hati ini..andai dengan hati begini adalah terbaik untuk aku, andai dengan hati begini membuatkan aku kuat di jalanMu, dan andai dengan hati begini mendekatkan aku denganMu, 
aku REDHA Ya Allah…