Thursday, March 22, 2012

..aku senang begini..


aku senang begini

ketika ada insan berlumba2 utk menyayangi dan disayangi
aku senang begini
ketika kamu tiba2 menjauhkan diri
aku senang begini
ketika kamu meninggalkan aku terpinga2 seorang diri
aku senang begini
ketika melihat kamu gembira dan ketawa dengan apa yg kamu perolehi
aku senang begini
kerana aku hanyalah aku
bukan siapa2
walau sakit, walau pedih tapi AKU SENANG BEGINI...

~ jangan pernah menyesal dengan keadaan ini kerana kamu yg mahukan aku begini...


Thursday, April 21, 2011

...TUDUNG ITU AKU...


Tudung itu aku
ialah tubuh..ialah minda

Jangan teka berapa panjangnya rambutku
Jangan tanya warnanya bagaimana
Buka..kata angin
Tunjukkan kami puisimu

Tetapi..puisi ini bukan di tulis untuk angin
Khalayak yang ke tengah dan ke tepi
Puisiku untuk laut
Yang tidak pernah berubah masinnya
Sebab barang yang suci sentiasa tetap

Tudung, puisi dan aku
Pelampung yang tidak pandai
Ke tengah dan ke tepi..

~qalby_hubban~hanya kamu..

Friday, April 15, 2011

..AKU TIDAK MENYESAL..


Aku tidak menyesal
Kerana tidak tahu menyeringai
Apabila perkara serba tidak kena
Atau menghujanimu dengan pujian
Untuk ego yang rapuh

Aku tidak menyesal
Kerana menunjukkan ketidaksenanganku
Dan menghujanimu dengan perasaan buruk
Setiap kali kita bertengkar
Perihal isu yang sukar

Aku tidak menyesal
Sebab tidak pernah aku lahir
Sebagai insan yang berpura-pura..

Sunday, February 13, 2011

..INSAN YG BERGELAR MANUSIA..


Entah kenapa ku rasa begini..
saban hari ku rasakan mereka makin melampaui keterbatasan yg sedia ada..
seolah2 mereka tidak kenal dosa dan pahala..
baik dan jahat..
perlu dan tidak perlu..
hiburan dan nafsu..
ego dan sombong..

ku rasakan betapa ramainya manusia di luar sana yg hipokrit..
ku jadi hilang respect, hilang kepercayaan..
bagaimana ini semua boleh berlaku??
sedangkan mereka itu di kalangan org2 yang berilmu..

kebanyakkan dari mereka ini sgt pandai berkata2..
bila berkata2 pasti akan ada yg mengagumi mereka..
ilmu nya banyak tapi sayang tidak di manfaatkan..
untuk apakah itu??
tidakkah pernah mereka terfikir..

sangat beruntung mereka yg sudah sedia punyai ilmu daripada
mereka yg masih merangkak2 untuk mencari secebis ilmu itu..
tapi mengapa begini pula jadinya..
tidakkah mereka terfikir??
tidakkah mereka bersyukur..

oh ya..mmg benar kata sesetengah pendapat..
kadang org yg punyai ilmu itu lupa diri..
kerana apa?? kerana mereka fikir mereka sudah punyai segalanya..
tapi mereka silap..ilmu itu milik Allah..
hanya sebentar DIA meminjamkan kepada kita..
tapi dgn mudah kita menjadi org2 yg sombong..
apakah mereka itu dikalangan org yg kufur nikmat??

bukan semua org yg baik itu, baik org nya..
bukan semua org yg jahat itu, jahat org nya..
jangan kita mudah tertipu dgn tipu daya mereka..
kamu punyai Hati bukan??
tanyalah Hatimu..dengarlah suara Hatimu..
itulah yg sebaiknya..
yg baik kita jadikan ikutan, yg jahat sama2 kita jauhkan..


marilah sama2 kita rawat hati, muhasabah diri,
dan perkasakan peribadi..




Wednesday, February 9, 2011

Andai ku hampar lautan di hadapanmu
Kau tak bisa berhenti
Andai ku bina tembok di hadapanmu
Kau tetap pergi
Biar luka tekak ku memanggilmu
Biar habis airmata ku menangisimu
Kau takkan jua kembali
Aku tak bisa berbuat sesuatu
Ku pujuk diri sekadar termampu
Menerima kehilangan ini..
Moga hilangmu..HILANG BERGANTI...

..09 Februari 2011..

Sunday, January 16, 2011

.::SAHABATKU SAYANG::.

Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku...
seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku...
Sahabat yang baik adalah yang seiring sejalan denganku
dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati...
Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati
yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka...
Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.
Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku
untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang.
Semakin banyak aku perolehi sahabat,
aku semakin percaya diri.

-Imam As-Syafi'e-

::ADA UNTUKKU::


Bismillahirrahmanirrahim...

Salam ukhuwah yg berpanjangan di petang yg damai ini..


Alhamdulillah, akhirnya hati ini kembali tenang..
setenang awan yg berarak di kaki langit..
bersama kicauan burung yg merdu..
dan seindah suasana di denai tika hujan rintik..
penuh damai, menenangkan hati siapa2 yg melihatnya..
moga Dia senantiasa mengurniakan ketenangan ini buatku dan juga buatmu..

Salam sayang yg berpanjangan buat kekanda, sahabatku, yang..

moga kamu tenang2, baek2, dan comey2 saja utk hari ini dan seterusnya..

Friday, December 31, 2010

...DIMANAKAH SILAPNYA...

Entah kenapa hari nie ku rasa sedih sgt..entah kenapa hari nie ku rasa sunyi sgt..mungkinkah kerana peristiwa semalam yg mgganggu hati dan pemikiran ini?? ku sendiri tidak faham.. tidak faham dan sukar utk memahami perasaan seorng insan.. salahkah ku? berdosakah ku? kenapa kamu selalu melayan ku sebegini rupa? apakah kamu tdk hiraukan perasaan ku? ku tahu kamu juga terluka dgn perbuatan ku..


..ku rasakan hati ku kini telah jauh pergi..
pergi meninggalkan luka semalam..
terlalu sakit, terlalu pedih utk ku hadapi..
entah apa salahku sehingga diperlakukan sebegini rupa..
ku hanya insan yg sgt lemah..
bagaimana lagi cara nya utk ku bela diri ku..
semua nya hanya lah sia2 belaka..

ku terlalu menyayangimu..
telah ku lakukan yg terbaek utkmu..
kerana ku ingin melihat kamu tersenyum gembira pada ku..
senyum mu, tawa mu adalah kekuatan bagiku..
tapi mungkin ini semua hanyalah sementara..

kenanglah kembali diriku dan dirimu..
moga ku dan kamu mengerti di mana silapnya perhubungan ini..
moga Allah berikan ku kekuatan utk menghadapi segala pendustaan
yg terciptanya dari hati2 insan2 yg ku sayangi...

...31 Disember 2010...

Monday, November 29, 2010

...RINDU KU...

ALHAMDULILLAH…ku panjatkan Syukur kpd Allah Pencipta Alam, kerana dgn izin dan rahmatNya, segala urusan Final Exam ku berjalan dgn lancar…Syukur Alhamdulillah, Dia telah permudahkan segalanya…Kini, cuti semester dah pun tiba..tambah tolak, lebih kurang 1bln setengah je kami bercuti…tp bagiku itu sudah cukup utk ku dan sahabat2 ku yg lain melepaskan rindu bersama keluarga tercinta…hmm..bile cuti semester je, inilah perasaan yg selalu ku rasa..rase rindu yg teramat..buat sahabat2 seperjuanganku ; yang, syahla, hidayati, dayah dan ramai lagi…merekalah orang2 yg selalu ada bersama2 dgnku xkira dlm apa jua keadaan sekalipun...tp yg paling ku rindu; roommate ku..hu3...yang..sahabat karibku juga merangkap kekanda ku..rasa rindu sgt2 kt yang..mana x nya, kami selalu bersama..bak kate bdk2 hostel, “dah macam kembar kami tgk akak berdua nie”…hik3..mkn bersama..g class sama2(wlaupn class lain2..hu3) dah macam adik beradik..Alhamdulillah, Dia telah kurniakan ku seorg sahabat dan kakak yg cukup penyayang, baek hati, penyabar dan macam2 lg sifatnya yg sgt2 ku kagumi..terima kaseh yang kerana bnyk memberi tunjuk ajar , teguran dan ilmu2 yg sgt berguna buatku..terima kaseh jua kerana ‘menjaga’ ku…yang, ku janji..akan ku cuba buat yg terbaek dlm menempuh hari2 yg akan datang dlm erti sebuah Persahabatan dan Kehidupan di bumi Allah ini..

yang slalu bgtau “Jauh itu dekat”..kini ku fahami maksud kata2 itu…walaupun kini yang jauh beratus kilometer dari ku, tp hati2 kami tetap berpaut teguh kerana di situlah terletaknya jalinan sebuah Persahabatan…suka utk ku ingatkan kata2 dari KakYati dan KakAin,

“…biar kita syg dia kerana Allah, even dia pergi jauh dari kita, kita masih rasa memilikinya..”…

”…kemuliaan kita bukan pada manusia tetapi pada Allah Yg Maha Kuasa, kalau kita sygkan seseorg, syglah apa yg dia miliki, jangan risau kehilangan..hakikatnya, kehilangan x kemana..semua akan kembali ke sisiNya..”…


**Sampai di sini dulu coretan rindu buat sahabat2 semua… terimalah Sehelai Warkah Cinta Dariku, Buatmu yg bergelar SAHABAT…


Sehelai warkah cinta

Sehelai warkah cinta

sebuah tinta rahsia

bersamanya ku selit sekeping jiwa

bersama bait-bait indah…

Ku raut mata pena

dakwatnya air mata

hati-hatiku melakar cinta

menggubah kalam indah

agar nanti kau terpegun membacanya…

Matahari dan bulan, bintang dan kejora

tak terkecuali perigi dan timba

ku jadikan umpama

agar kau mengerti nantinya…

Sehelai warkah cinta

sebuah tinta penuh rasa

dari seorang manusia biasa

semoga nanti kau tersenyum saat membacanya…

Sehelai warkah cinta

kiriman dari seorang pencinta

buat sahabatnya

semoga nanti kau sudi membalasnya…


**ketahuilah olehmu wahai sahabat..ku terlalu merinduimu...

Tuesday, November 23, 2010

KUBUR DI ATAS KUBAH MASJID NABAWI - KEPALSUAN YG NYATA


Sebelum ni sy pernah dengar cerita ni. Mula-mula memang tak percaya dan kemudian diterangkan berserta dalil dan bukti. Maka sememangnya kisah ni memang tak boleh dipercayai langsung.

sy akan terangkan secara detail kenapa cerita ni adalah cerita yang paling mengarut dalam sejarah. Bahkan mempercayainya boleh merosakkan aqidah.





Ini adalah petikan dari blog dan website yang penuh berselerak dalam internet menceritakan dan menyebarkan kisah palsu yang mungkar ini.

SUBHANALLAH, ini adalah sebuah keajaiban yang terjadi sekitar 90 tahun yang lalu.

Diriwayatkan oleh Sheikh Al-Zubaidi:

Ada seseorang mencuba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW; kubah warna hijau di Masjid Nabawi Madinah, yang juga menjadi tanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW. Namun, ketika sang pelaku mencuba memanjat kubah tersebut untuk memulai menghancurkannya, tiba-tiba petir kilat telah memanahnya. Pendaki yang berniat jahat tersebut pun mati di tempat. tersebut Anehnya tidak ada seorang pun yang mampu menghilangkan tubuhnya dari atas Kubah tersebut!

Ia juga mengatakan bahwa seorang yang soleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya, bahwa tidak ada yang dapat mengambil mayat dari atas kubah itu dan bahwa ia harus dikuburkan di sana sebagai peringatan dan pelajaran bagi orang-orang yang mungkin memikirkan berusaha untuk menghancurkan kubah itu di masa depan!

Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di sana, di atas kubah dan menutupi tubuhnya dengan kotak hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang.

Sekarang mari kita mengkaji kandungan kisah tersebut:

Soalan pertama, kenapa selepas 90 tahun, baru kisah ini nak diperdengarkan? Anda pernah dengar nenek-moyang anda bercerita tentang perkara ni kepada anda?

Apa sebab orang ni nak runtuhkan kubah di atas makam Nabi? Adakah dia ini mengikut sebuah hadith:


"Jangan ditinggalkan patung melainkan engkau robohkan, tidak pula kubur yang tinggi melainkan engkau ratakan" - At-Thirmizi


Ulama dan orang "soleh" pada zaman tu berdalilkan sebuah mimpi yang kata tinggalkan mayat tu atas kubah tu. So mana perginya ajaran Nabi agar jenazah sepatutnya dimandikan, dikafankan dan disolatkan kemudian ditanam di dalam tanah?

Mulia sangatkah kubah binaan manusia di atas makam Nabi ni. Lebih mulia dari Kaabah yang pernah diruntuhkan, pintunya dicabut atau batu hajar aswad yang pernah dicuri selama 20 tahun?

Dan secara tidak sedar, manusia mulai mengagungkan kubah tersebut dan mayat di atasnya. Diagungkan pula mayat tu kerana dia berada di atas makam Nabi dan 2 sahabatnya.

So, apakah pelajaran dari kisah ini:
  • Satu ibadah melihat kubah hijau dan agungkannya?
  • Siapa yang cuba menegakkan sunnah memecahkan kubah akan diangkat darjatnya walaupun tidak berjaya?
  • Membina kubah atas kubur adalah sunnah dan perlu dilakukan?
  • Disyariatkan kubur dalam/atas masjid?
  • Kelebihan Masjid Nabi adalah disebabkan kubur Nabi SAW dan kubah hijau diatasnya?
  • Mimpi (wali) boleh memansuhkan syariat Nabi SAW, bahkan bukan mesti mimpi jumpa Nabi SAW, cukup dengar suara dalam mimpi. anggap je ia suara Nabi SAW?
  • Kubah hijau sebuah keramat, dipelihara Allah
  • Kubah hijau lebih agung dari kaabah dan hajar aswad, kaabah pernah dirobohkan, pintunya pernah dicabut, hajar aswad pernah dirampas selama 20 tahun
  • Setiap orang yang disambar petir adalah orang yang diazab oleh Allah kerana satu dosa besar

Jadi nak percaya kisah ni? Oleh itu sebarkanlah dalil-dalil ini dalam blog anda sebagai mengimbangi penyebaran kisah palsu yang penuh kemungkaran ini.

Ini adalah bentuk kisah yang mencela dalam memuji. Tak ubah seperti kisah Umar r.a menghukum hudud anaknya; sebuah kisah palsu ciptaan syiah.