Sunday, May 6, 2012

..BOLEH AKU BERTANYA??..

kamu.. boleh aku bertanya?

adakah kamu tidak pernah terfikir tentang aku? Apakah kamu tidak pernah terlintas akan nama ku, senyuman ku, kasih sayang ku di mainan jalanan hari-hari mu? Tiadakah sekelumit kenangan manis antara kita dahulu yang bisa membuat kamu tersenyum?


kamu.. boleh aku bercerita?

aku sayang kamu, sentiasa ingat kamu.. kadang tikanya ada yang berlalu melintasiku dengan perwatakkan seperti kamu, akan aku toleh dan mengikutinya dalam diam dan tanpa sedar air mata jernih ku mengalir.. kerana teringat kan kamu...


kamu.. boleh aku bertanya lagi..?

kamu bahagia di sana? kamu gembira di sana? senyumkah kamu di sana? tawa kah kamu di sana tanpa ku? telah ketemu kah selaut bahagia yang kamu cari, seluas angkasa indah yang kamu dambakan? sejuta ketenangan hati yang kamu impikan?


kamu.. boleh aku bercerita lagi?

aku rindu kamu, seperti dulu..sentiasa memandang kamu.. aku tahu kamu bukan milikku dan aku terima dengan hati yang suci, ikhlas kerana aku mahu lihat kamu bahagia..dan laksana itu aku menjauhkan diri membawa kata hiba untuk diri ini...tiap kali aku memandang bulan purnama yang jauh, itu bagai kamu pada mata jiwa ku.. aku memandang kamu yang bercahaya gembira di sana..dan maha sesungguhnya aku mahu berada di samping kamu bertawa gembira, bercahaya purnama tapi aku pilih untuk melihat dari jauh demi bahagia kamu, demi gembira kamu kekasih hati ku..


kamu.. boleh aku bertanya?

kenapa airmata ku mengalir tika menitipkan kata monolog jiwa ku ini? sengsara kah aku? kamu...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dunia itu penjara bagi orang yang beriman, dan dunia adalah syurga bagi orang kafir.
(Muslim)

 
Dalam sujud cintaku, fana ku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan aku akan kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam sujud cintaku...

**telah aku yakini..sayang, kaseh dan rindu ini hanya kerana Allah..pasti..dan telah aku
 temui ketenangan yang telah lama aku dambakan seperti dulu..terima kaseh sayang..

..AKU MILIK ALLAH.. 





No comments: