Friday, December 28, 2012

...AKU SI PELANGI PETANG...



seketika aku terkedu, menerima pemberian dari seseorang..diberikannya aku sebuah lagu, katanya lirik lagu itu menceritakan apa kata hatinya padaku, menggambarkan peribadiku dan lagu itu juga tanda penghargaan hadirnya aku dalam kehidupannya…lagu yang diberi tajuk; Pelangi Petang..

ku meniti awan yang kelabu
ku tempuhi lorong yang berliku
mencari sinar yang menerangi
kegelapan ku…

ku percaya pasti suatu masa
sang suria kan menyinar jua
membawa harapan yang menggunung
bersamanya...

engkau tiba bagaikan pelangi
tak bercahaya namun kau berseri
tapi cukup menghiburkan
hati ini…

seharian waktu bersamamu
tak terasa saat yang berlalu
bagai pelangi petang kau kan pasti
pergi jua...

duhai kamu, terlalu tinggi pujianmu terhadapku..aku hanya insan biasa..punya baik dan buruk, punya salah dan betul...cuma apa yang aku tahu, akan aku cuba yang terbaik untuk menggembirakan insan2 disekelilingku termasuk kamu…katamu, aku memberikan senyuman padamu dan menggembirakanmu…katamu lagi, hadirnya aku dikala kamu memerlukan…kamu, ketahuilah aku hadir dalam hidupmu kerana itu ketentuan yg Maha Esa…aku bertemu denganmu juga kerana takdir yg Dia telah tetapkan…aku juga berterima kaseh kepada Dia kerana hadirkan kamu dalam hidupku…

akhir kata, terima kaseh diatas penghargaan ini…pertemuan ini pasti ada hikmahnya...hadirnya aku dan kamu kerana Dia telah aturkan sebaiknya…duhai kamu yang aku sayangi, terima kaseh untuk bait-bait lagu yang cukup indah itu…moga ikatan hati ini berkekalan hingga ke syurga abadi…

InsyaAllah, ada kelapangan nanti pasti kita akan bertemu dan menghabiskan sisa waktu bersama-sama lagi… 
Ya Allah, tolong jagakan dia untuk ku, kerana aku menyayangi dan mensyukuri akan kehadirannya…

**pertemuan itu ketentuanNya, cuma terpulang pada bijaknya diri kita untuk mencorakkan perjalanannya…

~ aku tetap disini ~


No comments: