sedikit dialog dari buku bertajuk ‘MATAHARI’
Faiq Zaini tetap hadir. Atas perkataan ukhuwah dan
persahabatan. Walaupun Salim tahu, betapa Faiq sedar bahawa dia tidak dilayan
sebaiknya sebagai seorang sahabat.
“tak mahu pergi jalan-jalankah?? buat apa datang ke Jordan
kalau hanya mahu duduk di rumah saja, rugila.” Salim memecahkan keheningan
pagi.
Faiq Zaini menggelengkan. “hanya hendak duduk dengan
anta. Ana datang ke sini dengan niat mahu ziarah anta, luang masa dengan anta. Jadi
apa yang ruginya” Faiq Zaini tersenyum ceria.
Faiq Zaini di layan ala kadar sahaja. Terdetik rasa
kasihan di hati Salim. Faiq Zaini datang menggadai wang dan masa, dari Mesir ke
Jordan, yang terkenal mahalnya, tapi tidak pula di layan sebaiknya.
Faiq Zaini akan bertolak pulang hari ini. “Salim,
sini kejap”
“duduklah.” Faiq Zaini menarik Salim untuk duduk.
Salim lambat-lambat menurut.
“Ana hendak cakap sikit”….
”cepatlah” Salim malas-malas
“Nah!” Faiq Zaini memberikan sesuatu kepada Salim. “untuk
anta, sahabat ana”
“Ana tidak susah-susah keluarkan wang dan luangkan
masa ke mari, menegur anta, sebab ana lebih baik daripada anta. Ana
menasihatkan anta, sebab ana sahabat anta”
“sudahlah, aku malas hendak dengar!” Salim bergerak.
“Faiq Zaini lantas menyambar tangan Salim. Salim
berpaling dan memandang tajam wajah Faiq.
“Dengar sini, sahabat. Ana tidak akan lepaskan
tangan anta. Kalau anta terjun ke dalam neraka,
ana akan terjun ke dalamnya untuk sambut anta semula. Biar nanti kita
akhirnya berpimpin tangan menembus syurga”
“kenapa kamu baik terhadap aku walaupun aku berbuat
jahat pada kamu?” tanya Salim.
“Sebab anta sahabat ana. Sebab anta adalah
tanggungjawab ana kepada Allah. Bila ana bersahabat dengan seseorang, ana bina
hubungan dengan dia berdasarkan mencari redha Allah SWT. Menjaga sahabat ana, adalah tanggungjawab ana kepada Allah SWT.”
“kalau sahabat anta tu buat buruk dengan anta, tidak
endahkan anta dan sebagainya?” tanya Salim lagi.
“Itu urusan dia dengan Allah. Ana tidak peduli.
Sebab, ana bukan bina hubungan ini untuk dapatkan balasan kasih sayangnya. Ana
bina hubungan ini untuk dapatkan kasih sayang Allah.
“Kalau namanya sahabat, mesti hendak bersama-sama
bahagia. Jadi, ana hendak anta masuk syurga dengan ana. Sebab tu ana di sini
bersama anta. Menenangkan jiwa anta, tunjukkan pada anta bahawa masih ada manusia yang sayangkan anta, iaitu sahabat anta” Faiq menarik tangan Salim.
menggenggam erat.
“kenapalah anta sanggup berkorban macamnie, Faiq?”
“Sebab ana ithar anta.” Perlahan Faiq Zaini
berbicara. ithar bermaksud, mencintai sahabat melebihi diri sendiri.
Sungguh mulia sahabatnya itu. Kini airmata Salim mengalir.
Egonya runtuh. Hatinya bergetar hebat. Terpukul dan terkesan. Faiq Zaini
bangun. Airmata Salim di seka dengan ibu jarinya.
“Maafkan ana Faiq. Maafkan ana.”
Faiq Zaini menggeleng. “ Anta tak ada dosa dengan
ana.” Faiq menepuk-nepuk belakang tubuh Salim.
Ketika ini, baru Salim sedar, bahawa dia perlu
bersyukur kepada Allah kerana mengurniakannya sahabat seperti Faiq Zaini.
Sahabat yang tidak akan meninggalkannya walaupun dia berada di jurang neraka. Di
saat kawan-kawan memulaukannya, Faiq Zaini tetap berada di sisinya. Faiq Zaini,
sahabat yang sentiasa ada ketika susah mahupun senang. Sanggup mengorbankan
harta, tenaga dan masa semata-mata untuk memenuhi tanggungjawab sebagai seorang
sahabat. Ternyata, Faiq Zaini adalah sahabat yang sebenar.
Coretan Memori : Semua
orang yang berdosa itu perlu di bimbing, bukannya ditinggalkan. Jika benar
persahabatan kita kerana Allah SWT, maka kita akan bersungguh untuk mencapai
matlamat yang lebih besar, yakni untuk sama-sama masuk syurga, menerima segala
kekurangan yang ada pada sahabat. Bukannya kita meninggalkan sahabat
terkontang-kanting sendirian dengan masalahnya.
tidakkah kau melihat matahari
sinarnya tiada henti
hatta di kala malam, bulan mewakili
begitulah sahabat yang baik
sentiasa menyuluh cahaya kesedaran
walau berjauhan
tetap berusaha untuk dicapainya
Telah aku cuba untuk bangkit, namun aku tidak berdaya.. Ya Allah,
bawalah hatiku ini pergi..pergi jauh dari manusia2 ini..agar nanti mereka tidak
akan dapat lagi mencari aku..kuatkan langkahku untuk beredar pergi dari semua
ini..biarlah aku pergi Ya Allah..satu hari nanti, aku akan kembali untuk ikatan persahabatan ini...
No comments:
Post a Comment