Bismillahirrahmanirrahim...
Ya
Rabb..telah lama aku menahan airmata ini dari berguguran menyembah bumi..namun
aku tidak berdaya
Ya Allah..terlalu berat untuk aku menghadapi ujianMu
ini..sungguh aku lemah..aku tidak berdaya..
setelah
nikmat ini Kau berikan kepada ku, Kau datangkan ujian itu lagi..belum pun sempat
aku merasai
kegembiraannya Ya Allah..
mengapa
hati ku berasa begini..telah ku pujuk ia untuk pulih tapi ia tetap jua begitu..Ya
Allah, aku mohon
padaMu, janganlah Kau campakkan walau sedikit perasaan benci
dalam hatiku..sungguh, aku tidak mahu
membenci saudara2ku..aku terima apa saja
perbutan mereka padaku..selagi aku mampu membuat mereka
tersenyum, izinkanlah
Ya Allah..kerana aku maseh ingin menyayangi..tolong la Ya Allah, janganlah Kau
biarkan hatiku berterusan begini..
Ya
Allah, tuntunlah langkahku..janganlah Kau biarkan aku terus hanyut dengan keasyikkan
dunia
ini..peliharalah hati ku dari perkara2 yang akan membuatkan aku jauh
dariMu..
**mengapa
hati ku begini??
mungkin
kerana telah terlalu banyak parut kesakitan yang terlakar di situ..betulkah Ya
Allah???
wahai pemilik hati ini..andai dengan hati begini adalah terbaik untuk
aku, andai dengan hati begini membuatkan aku kuat di jalanMu, dan andai dengan
hati begini mendekatkan aku denganMu,
aku REDHA Ya Allah…
No comments:
Post a Comment