kamu..
boleh aku bertanya?
adakah
kamu tidak pernah terfikir tentang aku? Apakah kamu tidak pernah terlintas akan
nama ku, senyuman ku, kasih sayang ku di mainan jalanan hari-hari mu? Tiadakah
sekelumit kenangan manis antara kita dahulu yang bisa membuat kamu tersenyum?
kamu..
boleh aku bercerita?
aku sayang kamu, sentiasa ingat kamu.. kadang tikanya ada yang berlalu melintasiku dengan
perwatakkan seperti kamu, akan aku toleh dan mengikutinya dalam diam dan tanpa
sedar air mata jernih ku mengalir.. kerana teringat kan kamu...
kamu..
boleh aku bertanya lagi..?
kamu
bahagia di sana? kamu gembira di sana? senyumkah kamu di sana? tawa kah kamu di
sana tanpa ku? telah ketemu kah selaut bahagia yang kamu cari, seluas angkasa
indah yang kamu dambakan? sejuta ketenangan hati yang kamu impikan?
kamu..
boleh aku bercerita lagi?
aku
rindu kamu, seperti dulu..sentiasa memandang kamu.. aku tahu kamu bukan milikku dan aku terima
dengan hati yang suci, ikhlas kerana aku mahu lihat kamu bahagia..dan laksana
itu aku menjauhkan diri membawa kata hiba untuk diri ini...tiap kali aku
memandang bulan purnama yang jauh, itu bagai kamu pada mata jiwa ku.. aku
memandang kamu yang bercahaya gembira di sana..dan maha sesungguhnya aku mahu
berada di samping kamu bertawa gembira, bercahaya purnama tapi aku pilih untuk
melihat dari jauh demi bahagia kamu, demi gembira kamu kekasih hati ku..
kamu..
boleh aku bertanya?
kenapa
airmata ku mengalir tika menitipkan kata monolog jiwa ku ini? sengsara kah aku? kamu...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Dunia itu penjara
bagi orang yang beriman, dan dunia adalah syurga bagi orang kafir.”
(Muslim)
Dalam sujud
cintaku, fana ku diulit
rindu
getirnya cemas
di kalbu
takut hidup
tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu
Tuhanku
aku hidup dan aku
akan kembali pada-Mu
hanya pada-Mu
dalam sujud cintaku...
**telah aku yakini..sayang, kaseh dan rindu ini hanya kerana Allah..pasti..dan telah aku
temui ketenangan yang telah lama aku dambakan seperti dulu..terima kaseh sayang..
..AKU MILIK ALLAH..
No comments:
Post a Comment